Sunday, April 30, 2006

2-SENI BELA DIRI BANGSA UTAMA DI MALAYSIA

1. SILAMBAM


Sejarah


Silambam adalah sejenis seni mempertahankan diri yang ulung dan unggul bagi bangsa Tamil di seluruh dunia. Pra pengkaji berpendapat bahawa Seni Silambam telah wujud sjak 5000 tahun dulu, iaitu sejak zaman pra-sejarah dan sebelum kedatangan kaum Aryan ke India. Justerunya seni Silambam bolehlah dianggap sebagai seni mempertahankan diri yang tertua di dunia.


Seni Silambam merupakan satu seni di dalam 64 jenis seni yang digariskan oleh masyarakat Tamil tradisional sebagai harus dipelajari untuk menjadi insan yang sempurna. Namun demikian seni Silambam ini tidaklah bersifat saintifif pada zaman silam. Peredaran masa telah memodenkan dan memantapkan seni ini sejajar dengan keadaan dan kepentingan zaman. Latihan-latihan dan teknik-teknik memusing tongkat Silambam dan sebagainya telah mengalami kejituan.


Semasa perkembangan agama buddha, seni mempertahankan diri ini telah dibawa ke China dan Jepun oleh sami-sami Buddha khususnya, Bodhidharma telah mempertahankan seni ini di kota Sang han, Negeri Wei di utara China.


Seni Silambam telah mengalami perkembangan pesat pada awal abad ke 16. Ia menjadi asas dan penting bagi kekuatan fizikal di dalam latihan ketenteraan sebelum diajar seni pedang. Seni Silambam telah berkembang ke Asia Tenggara di antara 1000 hingga1500 tahun yang lalu. Perkembangan ini adalah hasil usaha raja-raja Tamil daripada India yang merantau ke rantau ini.


Pada akhir abad ke-14, pekerja-pekerja Tamil daripada India ke Malaya iaitu Malaysia , oleh penjajah Inggeris. Pekerja-pekerja ini telah membawa seni Silambam ini ke Malaya. Namun demikian, guru-guru yang telah mengajar seni ini dapat dikesan hanya sejak tahun 1920 sahaja. Semasa perang dunia ke-2, seni Silambam telah menjadi popular khasnya di Kuala Selangor, Kapar dan Kelang.


Oleh kerana seni ini ialah seni yang dibawa masuk ke Malaya dari luar, maka ia tidak mendapat pengiktirafan dari segi undang-undang di bawah penjajahan barat. Justerunya seni Silambam perlu diajar secara rahsia, di dalam hutan dan tempat-tempat yang tidak dilalui orang.


Seni Silambam (Apa itu Silambam)


Silambam bermakna pergerakkan tanpa senjata dan senjata seperti tongkat kayu, pedang, tombok dan sebagainya. Silambam juga diertikan sebagai bakat pertandingan, tindakan untuk menakutkan orang lain, tindakan bertaktik dan memusing tongkat kayu.
Kepakaran awal dalam seni Slambam ialah "membina rumah". Di sini ahli akan menetapkan langkah kaki bilangan langkah 16, 32, 64 dan sebagainya untuk meletakkan musuh di bawah penguasaannya sebelum menerkamnya.
Kepakaran berikut adalah kemahiran-kemahiran membongkok, lincah, bakat dan membelasah dengan bertindak tanpa menggerakkan badan dan menggerakkan badan pada empat situasi, iaitu kepala, bahu, pinggang dan kaki tanpa sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan menjadi lesu.

Peraturan-peraturan


Peraturan umum
Peserta hendaklah sentiasa bergerak dan menggerakan kayu secara bulatan selain daripada masa mengambil mata. Jika tidak berbuat demikian, peseta itu akan diberi amaran. Selepas 3 kali amaran diberi, mata akan ditolak.
Peserta dilarang sama sekali mentuh lawan dengan menggunkan sebelah tangan sahaja .Jika berbuat demikian, mata tidak akan diberi . Peserta yang bertanding hanya boleh menyentuh di sasaran yang dibenarkan.Jika salah seorang peserta lawannya semasa bertanding , maka peserta itu diumumkan sebagai pemenang.Tetapi jika kayu peserta itu terjatuh kerana tergelincir, maka peserta itu boleh mengambil kayu dan memeneruskan pertandingan itu.


Kategori Pertandingan (Mengikut berat dalam kg)
Lelaki
Sub Junior
a) kanak –kanak berumur 10 tahun ke bawah
Junior
30 – 40kg
40 – 50kg
Senior
50 – 52kg
52 – 56kg
56 – 60 kg
67.5 – 75kg
75kg ke atas

Perempuan
berumur 10 tahun ke bawah
sehingga 25kg
25 – 30kg
30 - 35kg
35 – 40kg
40 – 44kg
44 - 48kg
48 – 52kg
52kg ke atas

Kategori Veteran
Pertandingan menunjukan kemahiran individu dalam seni silambam ini bagi perserta yang berumur 45 tahun ke atas.

Pertandingan – pertandingan lain

Selain daripada pertandingan di atas , diadakan juga beberapa pertandingan lain seperti di bawah:-
I – Pertandingan kumpulan/pasukan
Terdapat seramai 10 orang dalam setiap kumpulan.Setiap kumpulan perlu menunjukan kemahiran – kemahiran masing- masing dalam silambam sahaja. Setiap kumpulan di beri masa 10 minit dan hanya 20 kumpulan sahaja boleh menyertai pertandingan pasukan ini.

Bilangan Orang Yang terlibat dalam satu pertandingan
2 orang peserta (seorang dengan tali pinggan merah dan seorang lagi dengan hijau)
1 orang ketua pengadil
2 orang penolong pengadil (seorang pengadil untuk seorang peserta)
2 orang penghebah markah


Teknik Dan Taktik
Ahli Silambam yang menghadapi musuh tidak akan memerhatikangerakan-gerakan tangan mahupun kaki musuh. Sebaliknya ia hanya akan mengamati mata si musuh sahaja. Ini adalah untuk mengetahui lebih awal akan gerakan-gerakan kaki dan tangan yang melibatkan taktik-taktik seperti mengerat dan berpura-pura menikam, membelasah, berundur dengan berpura-pura melempar dan sebagainya.


Seseorang yang telah menjadi mahir dalam seni silambam boleh mengalahkan berpuluh orang dengan menggunakan tongkat. Dia menjatuhkan orang dengan menggunakan teknik-teknik seperti langkah kera, langkah ular, pengamatan singa, lompat katak, sambar helang dan sebagainya.


Selain itu terdapat ahli Silambam yang dapat melompat ke atas dan berdiri di atas pokok dan melompat melewati tombok dengan meggunakan tongkat. Apabila dikatakan tongkat Silambam, bukanlah sebarang kayu boleh digunakan. Buluh keras atau rotan yang tidak terbelah atu terguris dan berlilitan kira-kira 3 cm akan dipilih setelah mengamati luas, berat, kelasakan dan kelenturan. Ia akan direndamkan ke dalam air buat beberapa lama. Seterusnya ia akan dibanting di permukaan air yang mengalir dan tidak mengalir untuk meninggikan kelasakan. Kayu yang telah siap ini akan dikerat setinggi ahli Silambam yang bakal menggunakannya.
Ini adalah kerana seni Silambam bukanlah rekaan belaka. Ia dibentuk berdasarkan taktik dan teknik haiwan-haiwan seperti harimau, ular, beruang, burung, gajah dan sebagainya berkelahi di dalam hutan bagi mengalahkan musuh atau untuk mempertahankan diri. Masyarakat Tamil tradisional mengubahsuai taktik dan teknik haiwan seperti di atas mengikut keperluan dan kebolehan. Mereka melahirkan pelbagai seni mempertahankan diri termasuklah seni Silambam yang tidak menggunakan senjata dan yang menggunakan senjata.
2 orang penolong pencatat markah
1 orang penjaga masa
1 orang pencatat markah di papan markah


2. WUSHU


sejarah

Wushu atau kungfu merupakan seni bela diri yang berkembang di Cina sejak ribuan tahun lalu. Pada waktu itu seni bela diri ini muncul karena ada kebutuhan dari masyarakat untuk menghadapai gangguan binatang buas dan mencari makan.
Wushu dalam bahasa Cina artinya seni perang. Ada banyak aliran dalam wushu tapi secara garis besar wushu dapat dibagi dua golongan, yaitu Uay Kung (Gwa Kang) dan Nei Kung (Iwee kang). Pada Uay Kung unsure kekerasannya lebih besar (70%) dibandingkan kelemasan. Sementara itu Nei Kung hampir seluruhnya menggunakan kelemasan.


GAYA YANG DIPERTANDINGKAN


Taolu (peragaan)
Jurus Panjang (Changguan)
Jurus Selatan (Nangguan)
Taichi Jurus Kombinasi
Golok (Daoshu)
Pedang (Jianshu)
Tombak (Qianshu)
Toya (Gunshu)
Toya Selatan
Golok Selatan
Taichi Pedang
Sanhsu (perkelahian bebas)
Putra : (48 kg, 52 kg, 60 kg, 65 kg, 70 kg)Putri : 48 kg, 52 kg)


NILAI
Nilai tertinggi untuk taolu (peragaan0adalah 10 (sepuluh) dengan criteria sebagai berikut :
Fisik : 6
Keserasian gerak : 2
Penjiwaan : 2
Nilai untuk sanshou (perkelahian bebas)
Tendangan/pukulan ke bagian kepala : 1
Tendangan/pukulan ke bagian perut/ dada : 2
Bantingan : 2
Bantingan indah : 3
Keluar dari gelanggang : -3
Pelanggaran
Ringan : -1Berat : -3


BENTUK TANGAN

Bentuk tangan dalam wushu ada tiga model : kepalan (chuan), telapak (cang), kaitan (keuw), berikut bebrapa model bentuk tangan.
GERAKANSapuan kaki bagian depan (Qiansaotui)
Tendangan samping (Cetitui)


WAKTU PERTANDINGAN
Taolu : 80 detikTaichi jurus kombinasi : 5 menitPedang : 3 menit
Sanshou : dilakukan sebanyak 3 babak, tiap babak 2 menit dengan jeda 1 menit. Apabila 2 babak berurutan sudah dimenangkan peserta maka babak ketiga tidak perlu dilanjutkan.


ARENA PERTANDINGAN
Arena untuk wushu ada dua, untuk taolu berukuran 8 m x 14 m dengan garis pemisah di bagian tengah, sedangkan untuk sanshou berukuran 8 m x 8 m dengan ketinggian 60 m, di bagian tengahnya ada lingkaran yin yang.

3. SILAT

sejarah

Silat ialah seni tempur bangsa Melayu yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Di Malaysia sahaja wujud beratus-ratus perguruan silat. Ada silat yang mengajar senjata-senjata Melayu lama seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, tumbuk lada, tek-pi, tongkat, tembong dan sundang. Ada juga silat yang menumpukan pengajaran pertempuran tangan kosong (tanpa senjata).


Jenis-jenis silat (UMUM)
Silat terbahagi kepada silat yang menjurus kepada seni atau bunga, buah pukul atau kedua-duanya sekali (seni dan buah pukul). Namun begitu kebanyakan perguruan mengajarkan kedua-duanya sekali. Silat seni seperti silat pulut biasanya dipersembahkan pada majlis resmi dan keramaian seperti majlis perkahwinan.Antara jenis-jenis silat yang ujud adalah Seni Silat Gayong,Seni Silat Kuntau,Seni Silat Pulut,Seni Silat Cekak Hanafi dan berbagai lagi.

Silat Seni Gayong


Silat Seni Gayong diasaskan oleh Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd.Hashim. Beliau mempelajari persilatan ini daripada nendanya Tuan Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas. Syed Zainal pula mempelajari persilatan ini daripada Daeng Ambok Solok di Pulau Temiang, berdekatan Jambi, Sumatera. Mat Kilau, Dato’ Bahaman dan Syed Zainal mengikut ceritanya telah diperintahkan oleh Sultan Ahmad Pahang untuk mencari buah keras di Pulau Bangka, Riau, Indonesia. Di Pulau Temiang, yang berdekatan dengan Pulau Bangka, rombongan mereka telah bertemu dengan Daeng Ambok Solok. Daeng Ambok Solok telah bermurah hati untuk menurunkan ilmu Gayong kepada pahlawan Pahang tersebut agar dapat digunakan untuk mempertahankan tanah air mereka kelak. Oleh kerana kesuntukan masa, mereka mengikat janji untuk kembali lagi ke Pulau Temiang setelah selesai menjalankan amanah Sultan. Dalam perjalanan pulang ke Pahang, Mat Kilau diarahkan untuk membeli senapang kopak di Singapura. Mat Kilau, Syed Zainal dan Dato’ Bahaman telah belayar kembali ke Pulau Temiang seperti yang dijanjikan. Mereka telah menuntut ilmu Gayong selama kira-kira dua tahun daripada Daeng Ambok Solok.


Silat Seni Gayong ini dipercayai telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan telah digunakan oleh hulubalang-hulubalang Melaka dalam usaha menentang kemasukan penjajah Portugis. Nama asal Silat Seni Gayong ialah Silat Seni Sendi Harimau. Silat Seni Gayong mempunyai tujuh peringkat, iaitu: Tapak Gayong(permulaan tapak silat), Seni Tapak Gayong(Pecahan Tapak Gayong), Seni Keris (langkah pahlawan cara menggunakan senjata), Seni Simbat (cara bermain belantan atau pedang), Seni Yoi (buah pukulan), Seni Belian (silat harimau bersilat cara koyak-mengoyak anggota lawan), dan Seni Cindai(tarian silat menggunakan kain sentung atau kain tudung). Peringkat tertinggi dalam Silat Seni Gayong akan dianugerahkan bengkung hitam Harimau Pelangi Cula Sakti (Tingkatan I - VI).

Di Malaysia terdapat beberapa perguruan silat yang menggunakan nama "Silat Gayung", diantaranya:


Silat Seni Gayung
Silat Gayung Asli
Silat Gayung Lima
Silat Gayung Tujuh
Silat Gayung Cekak Sendeng
Silat Gayung Ghaib
Silat Gayung Harimau
Silat Gayung Khalifah
Silat Gayung Lincah
Silat Gayungman Asli
Silat Gayungman Kedah
Silat Gayung Laksamana
Silat Gayung Pancasila
Silat Gayung Fatani
Silat Gayung Semarang
Silat Gayung Tok Janggut
Silat Pusaka Gayong

Silat Seni Gayong

PUKULAN MAUT



Perguruan Silat

Berikut adalah sebahgian dari perguruan atau aliran silat yang boleh didapati di Malaysia. PESAKA merupakan satu badan atau organisasi yang mengawal selia pertubuhan silat di negara ini.
Silat AL HAQ

Silat Abjad
Silat Agam
Silat Acheh Lang Putih
Silat Alif Ba Ta
Silat Amal
Silat Api
Silat Bakti Negara
Silat Bangkoi
Silat Bangsal
Silat Betawi
Silat Bayu Merah Harimau Berantai
Silat Berembang
Silat Baringin Sakti
Silat Burung Rajawali Putih
Silat Buah
Silat Budi Bahasa
Silat Bugis
Silat Bunga
Silat Cekak
Silat Cemendas
Silat Cemendek
Silat Cimande
Silat Che Mandi Hitam
Silat Cikalung
Silat Depo Woojo
Silat Elat
Silat Empat
Silat Ezhar

Silat Firasah

Silat Gayong
Silat Garuda Kedah
Silat Gelut
Silat Gelombang
Silat Gerak
Silat Gerbang Sakti
Silat Harimau
Silat Hadrah Maut
Silat Halimun Allah
Silat Inai Teroi
Silat Isim
Silat Jati
Silat Jatuh
Silat Jawa
Silat Jawi
Silat Kaedah
Silat Kaki Tunggal
Silat Kalimat Tujuh
Silat Kayu
Silat Kemain
Silat Kerayung Sendeng
Silat Kampung Tebiuh
Silat Kuntau
Silat Kalimah
Silat Kilat
Silat Keramat
Silat Kubu
Silat Kutar

Seni Beladiri Kysatria Darma Vajra Mukti

Silat Laksamana Hang Jebat
Silat Lam Melayang
Silat Lang Merah
Silat Lang Sewah
Silat Langkah
Silat Lela Pahlawan
Silat Lian
Silat Lincah
Silat Lincah Lintar
Silat Lintah
Silat Lintang
Silat Lintau
Silat Lintau
Silat Majapahit
Silat Mat Kilau
Silat Melaka
Silat Melayu
Silat Minang
Silat Monyet
Silat Moo
Silat Naga
Silat Nasrul Haq
Silat Natar
Silat Pahlawan
Silat Pancasila Gayung Harimau
Silat Panglima
Silat Pasak
Silat Pasak Padang
Silat Pelaga
Silat Pelangi
Silat Pegema
Silat Pegian
Silat Pencek
Silat Pendekar Muda
Silat Panding Juan Sutan Maakat
Silat Pengantin
Silat Peninjau
Silat Perasyah
Silat Periaman
Silat Perkasa Gagak Di Rimba
Silat Perwira Kedah
Silat Peturun
Silat Petir
Silat Pisau
Silat Pulut
Silat Pukulan
Silat Purba
Silat Porpila
Silat Parit Sempadan
Silat Rampuk
Silat Rancak
Silat Randai
Silat Rencong Kayak
silat Recong Kapan
Silat Rian
Silat Rohaniah
Silat Saka
Silat Sala
Silat Sapu Angin
Silat Sayung
Silat Sekebun
Silat Selangkah
Silat Selangkah Gerak
Silat Selindang Hitam
Silat Selendang Merah
Silat Seligi
Silat Semerap
Silat Semulajadi
Silat Sendeng
Silat Serendah
Silat Segap
Silat Seperap
Silat Sepelek
Silat Sepulut
Silat Serimau Hitam
Silat Sunting
Silat Setiabakti
Silat Serak
Silat Terlak
Pembahagian silat ini terbahagi kepada cabang-cabang yang lain.

SENI SILAT CEKAK HANAFI

Allahyarham Ustaz Hj. Hanafi Haji Ahmad, bagi penuntut Silat Cekak Hanafi merupakan pemimpin agong dalam dunia persilatan Melayu. Pemimpin agong bermaksud, beliaulah orang yang menghidupkan kembali pusaka bangsa seni bela diri orang Melayu yang mampu menjaga diri dan membela diri pengamal-pengamalnya. Ini dibuktikan, apabila Silat Cekak ini dilahirkan kembali pada malam 5 Ramadhan 1385 hijrah, bersamaan dengan 28 Disember 1965. Pemimpin agong juga bermaksud, beliaulah orang yang pertama dapat menggunakan keseluruhan daya kreativiti yang dikurniakan Allah untuk menggubal satu jenis sistem pelajaran dan pembelajaran persilatan dan tatacara persilatan yang tersusun dan dapat dinilai oleh orang ramai tentang kelebihan dan keupayaan silat Melayu sebagai senjata mempertahankan diri. Akhir sekali, pemimpin agong juga bermaksud, beliaulah orang yang berjaya meletakkan seni silat Melayu yang sesuai dengan pengurusan organisasi moden.


Ustaz Hanafi Hj. Ahmad, anak jati Kedah. Lahir di Kampung Sungai Baru, Mukim Gunung, Alor Setar, Kedah pada tahun 1923. Sesuai dengan zaman ketika itu beliau mendapat pendidikan awal di sekolah aliran Melayu Kampung Gunung , Alor Setar, Kedah dan seterusnya belajar agama di beberapa buah pondok dengan beberapa orang Tok Guru Ulamak di Kedah.
Ustaz Hanafi Haji Ahmad menyedari bahawa kefahaman yang tulen terhadap Allah s.w.t. dan dengan hanya mengikut sunnah Rasulullah, beliau sanggup mengorbankan masa mudanya mendalami bidang-bidang keagamaan dengan beberapa orang guru yang terkemuka di seluruh tanah air hingga ke Singapura. Proses pembelajaran untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya itu, memerlukan beliau menjadi murid setia suruhan, menjual apam balik, menjual ubatan tradisional dan merantau seluruh tanah air mencari guru yang sebenar-benar guru. Berkat usaha dan kesabaran beliau akhirnya dengan izin Allah, Ustaz Hanafi Haji Ahmad, bertemu dengan Tok Guru Pak Haji Zain bin Abdul Rahman, yang berjaya menjelaskan dan menyimpulkan hakikat ketuhanan kepada Allah Taala dengan menggunakan kitab Hikam Ibni Ataillah.


Perjuangan menuntut kemerdekaan mengimbau jiwa nasionalisme Ustaz Hanafi Haji Ahmad memperjuangkan hak budaya bangsa orang Melayu. Bidang yang sesuai dengan jiwanya sebagai anak watan Melayu ialah bidang persilatan Melayu. Ustaz Hanafi yakin bahawa orang Melayu juga mempunyai seni bela diri yang tidak kalah mutunya dibandingkan dengan seni bela diri bangsa lain. Kajian yang terperinci telah dilakukan terhadap pelbagai seni bela diri orang Melayu. Proses pencarian untuk mendapatkan silat yang benar -benar bertanggungjawab membela diri juga memerlukan Ustaz Hanafi Haji Ahmad sekali lagi merantau, menjadi murid suruhan guru, menuntut pelbagai ilmu bela diri orang Melayu dan menjual ubatan seluruh tanah air. Akhirnya dengan izin Allah beliau bertemu dengan En. Yahya Said yang mempunyai sejenis beladiri yakni Silat Cekak yang menunggu untuk menurunkan silat ini kepada yang hak.
Penguasaan Bahasa Melayunya yang baik merupakan aset bagi beliau mengungkapkan kembali dalam bahasa yang ringkas lagi tepat, seperti yang terbukti dalam pantun Silat Cekak dan falsafah Silat Cekak.


Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab memberikan harapan dan keyakinan baru kepada Silat Melayu supaya dipelajari oleh orang Melayu sendiri sebagai warisan budaya bangsa yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Sebagai tokoh pengurusan persilatan yang dinamis, beliau menggunakan seluruh kemahiran dan pengetahuannya bagi memberikan dinamisme baru kepada wajah seni silat Melayu dalam satu organisasi persilatan. Nyata sekali, sebahagian besar kejayaan Silat Cekak dipelajari oleh mesyarakat Melayu adalah hasil visi Ustaz Hanafi Haji Ahmad; pemimpin agung Silat Cekak. Kini, Silat Cekak Hanafi dapat dipelajari di semua institusi pengajian.


Musuh mahupun kawan, anak murid yang bersopan mahupun yang tidak bersopan, terpaksa mengakui dan menghargai beliau sebagai guru utama yang berkaliber dan pengurus yang bijak, berani dan cekal.
Ustaz Hanafi Hj. Ahmad pulang ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986 di Kuala Lumpur pada usia 63 tahun. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalakn nama . Beliau meninggalkan seorang balu Maimunah Haji Othman dan enam orang anak. Perjuangan beliau diteruskan oleh Mohd. Radzi bin Hanafi.


"Percakapan dan perbuatannya sama. Dalam apa jua perbuatan, Allahyarham mempraktikkannya dulu sebelum mendidik. Percakapan dan pandangannya mudah difahami serta selaras dengan tujuan hidup, Allahyarham juga bijak menyesuaikan diri dengan keadaan. Ada ketika menjadi guru, ada ketikanya menjadi bapa dan pada satu ketika yang lain seperti seorang sahabat."
-Pandangan En. Mohd. Radzi b. Hj Hanafi, Gutu Utama, Silat Cekak Hanafi terhadap pemimpin agung Silat Cekak, Allahyarhan Ustaz Hanafi Hj. Ahmad.
Pendidikan
1929
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunung, Alor Setar, Kedah.
1933
Memasuki sekolah pondok di Kampung Alor Gonchar, Mukim Gunung, Alor Setar, Kedah di bawah pengawasan guru Hj. Osman bin Lebai Zain.
1936
Memasuki Sekolah pondok Guar Chempedak, Gurun Kedah. Pelajaran agama dikendlikan oleh Hj. Abdul Majid dan pelajaran Arab pula diajar oleh guru Yahya bin Jonid.
Belajar sendiri dengan guru berikut:

Hj. Bukhari bin Hassan dari Batu 4 1/4, Kampung Pinang, Mukim Pengkalan Kundur, Alor Setar, Kedah.
Hj. Hanafiah - Bapa saudara beliau dari Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Hj. Lah dari Chegar, Pantai Johor, Kedah.
Berguru dengan Pak Ngah Shariff yang dikenali sebagai orang handal di Kedah ketika itu. Untuk mendapatkan ilmu, beliau kena menjadi orang suruhan guru terlebih dahulu, dengan membuat kerja-kerja berat, seperti memotong kayu, mencangkul dan be rsawah. Dimasa lapang barulah Pak Ngah Shariff mengajari ilmu mempertahankan diri dan ilmu kebatinan ( ilmu ketuhanan ).
Mendapatkan pengalaman melalui merantau, pernah berbincang masalah dengan :

Che Salleh bin Hj. Abdul Rahman Limbong di Terengganu.
Kiyai Muhammad Fadlullah Suhaimi dari Singapura bertemu di Pahang.
Sheikh Osman Cincin dari Perak yang kononnya masyhur dengan ilmu kebal.
Abdullah Salleh - terkenal dengan Che Lah Keramat masyhur dengan ilmu perubatan tradisional di Terengganu.
Bertemu dengan seorang guru bernama Pak Hj. Zain bin Abdul Rahman. Beliau menyedari inilah guru yang dicari-cari selama ini yang dapat membuat kesimpulan dalam ilmu ketuhanan ( Ilmu Tauhid ). Kitab yang diajar oleh Pak Hj. Zain ialah Kitab Hika m Ibni Ataillah.
Pengalaman
Menjual ubat diseluruh tanahair.
Bergiat dalam bidang politik dalam tahun 40 an. Pernah memasuki Parti Seberkas dan Parti Negara pimpinan Allahyarham Dato' Onn Jaafar.
Pengarah zakat pada tahun 1963 di Pejabat Agama Negeri Kedah.
Menjual apam balik di Yala, Siam dan Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.
Memimpin Seni Silat Cekak mulai 1965 sehingga Ogos 1986.

SENI SILAT CEKAK

Seni Silat Cekak ialah sejenis silat yang benar-benar asli dan bertanggungjawab untuk mempertahankan diri. Seni Silat Cekak mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dan tidak berubah-ubah sejak kelahirannya. Pergerakkan dan sistem silat ini menepati kesesuaian dengan gerak-geri semulajadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa yang tenang, dan amat nyata ianya berprinsipkan agama Islam. Cekak menunggu serangan dengan berdiri lurus (berdiri Solat), tidak berkuda-kuda dan tidak melangkah ke kiri atau ke kanan, bahkan mara ke hadapan.

Sejarah Penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak


Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964. Pada akhir tahun 1970, Seni Silat Cekak telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, ia berkembang dari satu sudut yang kecil di kedai makanan En. Hussain b. Ahmad, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. Seterusnya, beberapa kelas telah dibuka, antaranya di Kampung Baru. Kegiatannya di Kuala Lumpur dibawah seksi Seni Silat, Persatuan Bawean Putra, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Seni Silat Cekak telah dapat diterima oleh masyarakat Kuala Lumpur. Sesuai dengan perkembangannya, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah diasaskan dan didaftarkan pada 19 Ogos, 1971 oleh YM Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad.

Pada tahun 1975, buat pertama kalinya lambang Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah diperkenalkan dan ianya telah digunakan sehingga sekarang. Perkembangan awal Seni Silat Cekak Malaysia adalah dibawah YM Guru Utama merangkap Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad. Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan Seni Silat Cekak Malaysia keseluruh negara selama 21 tahun. Bak pepatah Melayu "Patah tumbuh hilang berganti" Tanggungjawab tersebut telah diteruskan oleh YM Tuan Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama merangkap Presiden PSSCM pada 21 September, 1986 sehingga sekarang. Dibawah kepimpinan beliau PSSCM telah berkembang pesat keseluruh lapisan masyarakat.




SENI BELA DIRI



PENGENALAN SENI BELA DIRI

Seni bela diri merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Seni bela diri telah lama wujud dan pada mulanya ia berkembang di medan pertempuran sebelum secara perlahan-lahan apabila peperangan telah berkurangan dan penggunaan senjata moden mula digunakan secara berleluasa, seni bela diri mula berkembang dikalangan mereka yang bukannya anggota tentera tetapi merupakan orang awam.


Boleh dikatakan seni bela diri terdapat di merata-merata di dunia ini dan hampir setiap negara mempunyai seni bela diri yang berkembang samaada secara tempatan atau diubah suai daripada seni bela diri luar yang meresap masuk. Sebagai contoh seni silat adalah seni bela diri yang berkembang di negara ASEAN dan terdapat di Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Brunei.


Bagaimanapun kemudahan perhubungan dan komunikasi yang adapada masa ini memudahkan perkembangan idea dan seni bela diri tidak lagi terhad di tanah asalnya tetapi telah berkembang keseluruh dunia.


Seni bela diri juga terbahagi kepada beberapa jenis daripada seni tempur bersenjata tajam, senjata tidak tajam seperti kayu, dan seni tempur tangan kosong. Di antara jenis-jenis seni bela diri yang ada adalah seperti berikut:

Aikido
Capoeira
Gulat
Hapkido
Jiu Jitsu
Judo
Kalaripayat
Karate
Kendo
Kung fu
Silambam
Silat
Taekwondo
Tomoi
Wing Tsun
Wun-hup-kuen-do
Wushu

AIKIDO

Aikido adalah salah satu seni beladiri asal Jepun yang diciptakan oleh Morihei Ueshiba. Aikido diciptakan pada era modernisasi Jepang yang berlangsung sekitar tahun 1800-an. Beladiri ini merupakan kombinasi dari ilmu pedang Kenjutsu dan Jujutsu yang juga merupakan bentuk seni beladiri tradisional Jepang. Pengaruh Kenjutsu tampak dalam pengaturan gerakan gerakan atau langkah langkah kaki. Sedangkan pengaruh jujutsu tampak dalam penggunaan teknik kuncian dan lemparan.

Aikido adalah salah satu seni mempertahan diri yang berasal dari Jepun yang dicipta oleh Morihei Ueshiba. Aikido diciptakan pada era modernisasi Jepun yang berlangsung sekitar tahun 1800an. Beladiri ini merupakan kombinasi dari ilmu pedang Kenjutsu dan Jujutsu yang juga merupakan bentuk seni bela diri tradisional Jepun. Pengaruh Kenjutsu boleh dilihat dalam pengaturan gerakan-gerakan atau langkah kaki. Sedangkan pengaruh jujutsu pula kelihatan dalam penggunaan teknik kuncian dan lemparan.


Seni mempertahankan diri ini dicipta dengan menekankan harmonisasi dan keselarasan antara ki (tenaga dalam) individu dengan ki alam semesta. Aikido juga menekankan pada prinsip kelembutan dan bagaimana untuk mengasihi serta membimbing lawan. Prinsip ini diterapkan pada gerakan-gerakannya yang tidak menangkis serangan lawan atau melawan kekuatan dengan kekuatan tetapi "mengarahkan" serangan lawan untuk kemudiannya menundukkan lawan tanpa ada niat untuk mencederai lawan. Berbeza dengan seni mempertahankan diri lain yang pada umumnya lebih mengutamakan pada latihan kekuatan fizikal dan stamina, Aikido mendasarkan latihannya lebih pada penguasaan diri dan kesempurnaan teknik. Teknik-teknik yang digunakan dalam Aikido kebanyakan berupa teknik elakan, kuncian, lemparan dan bantingan. Sementara teknik-teknik pukulan ataupun tendangan biasanya jarang digunakan. Falsafah-falsafah yang mendasari Aikido, iaitu kasih dan konsep mengenai ki inilah yang membuat Aikido menjadi suatu seni mempertahankan diri yang unik.


Sistem tingkatan yang harus dilalui oleh seorang pelajar aikido (digelar aikidoka) hampir sama dengan yang digunakan oleh seni bela diri asal Jepun lainnya, iaitu sistem Kyu untuk tingkat asas dan Dan untuk tingkat mahir. Secara ringkas, aikidoka baru (tingkat Kyu 6) hingga Kyu 4 menggunakan tanda berupa sabuk yang berwarna putih. Sementara aikidoka yang mencapai tingkatan Kyu 3 hingga 1 menggunakan sabuk berwarna coklat. Tingkatan selanjutnya adalah Dan, dan aikidoka yang berjaya mencapai tingkatan ini ditandai dengan sabuk yang berwarna hitam serta peralatan tambahan berupa celana panjang bernama Hakama. Celana seperti ini biasa dipakai oleh samurai-samurai pada zaman dahulu.


Seni beladiri ini diciptakan dengan menekankan harmonisasi dan keselarasan antara energi ki(prana) individu dengan ki alam semesta. Aikido juga menekankan pada prinsip kelembutan dan bagaimana untuk mengasihi serta membimbing lawan.

Prinsip ini diterapkan pada gerakan-gerakannya yang tidak menangkis serangan lawan atau melawan kekuatan dengan kekuatan tetapi "mengarahkan" serangan lawan untuk kemudian menaklukkan lawan tanpa ada niat untuk mencederai lawan. Berbeda dengan beladiri pada umumnya yang lebih mengutamakan pada latihan kekuatan fisik dan stamina, Aikido lebih mendasarkan latihannya pada penguasaan diri dan kesempurnaan teknik. Teknik teknik yang digunakan dalam Aikido kebanyakan berupa teknik elakan, kuncian, lemparan, bantingan. Sementara teknik teknik pukulan maupun tendangan dalam praktiknya jarang digunakan.Falsafah falsafah yang mendasari Aikido, yaitu kasih dan konsep mengenai ki inilah yang membuat Aikido menjadi suatu seni beladiri yang unik.


Sistem tingkatan yang harus dilalui oleh seorang praktisi aikido hampir sama dengan yang digunakan oleh seni beladiri asal Jepang lainnya, yaitu sistem Kyu untuk tingkat dasar dan Dan untuk tingkat mahir. Secara singkat, praktisi yang berada di tingkat kyu 6 sampai kyu 4 menggunakan tanda berupa sabuk yang berwarna putih. Sementara praktisi yang mencapai tingkatan kyu 3 sampai 1 menggunakan sabuk berwarna cokelat. Tingkatan selanjutnya adalah Dan. Praktisi yang mencapai tingkatan ini ditandai dengan sabuk yang berwarna hitam serta aksesoris tambahan berupa celana panjang bernama Hakama. Celana seperti ini biasa dipakai oleh para samurai pada jaman dahulu.

CAPOEIRA



Capoeira merupakan sebuah olah raga bela diri yang dikembangkan oleh para budak Afrika di Brasil pada sekitar tahun 1500-an. Gerakan dalam capoeira menyerupai tarian dan bertitik berat pada tendangan. Pertarungan dalam capoeira biasanya diiringi oleh musik dan disebut Jogo. Capoeira sering dikritik karena banyak orang meragukan keampuhannya dalam pertarungan sungguhan, dibanding seni bela diri lainnya seperti Karate atau Taekwondo.

apa itu capoeira? Bahkan, bagi orang yang telah menyaksikannya sendiri, capoeira sulit untuk serta-merta didefinisikan. Suatu tarian? Suatu permainan? Suatu ilmu bela diri? Jawabannya, capoeira adalah gabungan itu semua dan lebih lagi. Dan, para pemain capoeira-yang disebut capoerista atau capoeira-meyakini itu dan menjalaninya.


Capoeira memang Brasil. Namun, orang tak sepakat mengenai asalnya. Bira Almeida, seorang pendekar capoeira yang dikenal orang dengan sebutan Mestre Acordeon dan yang melatih di San Francisco, AS, mengatakan ada tiga teori mengenai asal bentuk kesenian yang melibatkan gerakan, musik, dan unsur-unsur filsafat praktis itu. Ada yang percaya capoeira telah terbentuk di Afrika dan dibawa dalam bentuk yang sudah jadi oleh budak-budak dari tanah Afrika. Teori kedua menyebutkan capoeira diciptakan orang-orang Afrika dan keturunannya di daerah pedalaman Brasil, sedangkan teori ketiga menyebutkan capoeira diciptakan orang-orang dari Afrika di salah satu pusat perkotaan Brasil.


Walau pendukung masing-masing teori memberikan argumen yang mendukung dan yang sudah didiskusikan sejak lama, teori yang paling banyak diterima adalah teori yang kedua bahwa para budak Afrika membawa berbagai unsur kebudayaan dari tanah asalnya, lalu mengolah dan menggabungkannya di tanah Brasil, sehingga terciptalah apa yang disebut capoeira.
Waldeloir Rego-seorang sosiolog Brasil-dalam bukunya, Capoeira Angola, yang diterbitkan Editora Itapua tahun 1968, berpendapat capoeira diciptakan di Brasil dengan serangkaian gerakan dan irama yang terus diperbaiki dan disesuaikan dengan perkembangan sosial dan ekonomi masyarakat.


Nestor Capoeira, penulis beberapa buku panduan capoeira, menyebutkan apa yang diyakini oleh sebagian besar capoerista bahwa itu merupakan sintesis tarian, pertarungan, dan alat musik dari berbagai kebudayaan berbeda, dari berbagai wilayah Afrika. Sintesis itu diciptakan di tanah Brasil, kemungkinan di Salvador, ibu kota negara bagian Bahia, pada masa perbudakan, terutama selama abad ke-19.

Capoeira merupakan sejenis silat yang diperkembangkan oleh abdi Brazil semasa zaman jajahan. Silat ini berkait rapat dengan paranawe, sejenis tarian tradisional di negara tersebut.
Silat ini dicirikan oleh pergerakan yang cekap serta rumit, dan selalunya dilaksanakan dengan melekapkan badan atas lantai ataupun berdiri terbalik. Capoeira sentiasa dimain dengan muzik dan terdiri daripada dua gaya yang utama:
Angola: dicirikan oleh pergerakan yang lambat dan menumpukan kepada upacara amal serta tradisi capoeira;
Regional (disebut heh-jeeh-oh-nahl): dicirikan oleh pergerakan akrobat dengan penumpuan kepada teknik dan strategi.
Kedua-dua gaya ditandakan dengan penggunaan helah dan pergerakan berpura-pura serta gerak kaki yang meluas seperti ayunan, tendangan dan sondolan.


Keasalan perkataan capoeira telah dipertikaikan. Ada yang mengatakan perkataan ini merujuk kepada kawasan hutan yang telah dipugar. Bagaimanapun, cendekiawan Afro-Brazil, Carios Engenio, percaya bahawa perkataan ini merujuk kepada capa, sejenis bakul besar dan bulat yang dijunjung oleh abdi bandar yang menjual barang-barang. Menurut beliau, capoeira merujuk kepada orang yang menjunjung capa. Sebaliknya, K. Kia Bunseki Fu-Kiau, seorang cendekiawan Kongo, menggangap bahawa capoeira merupakan kecacatan perkataan kipura dalam bahasa Kikongo yang membawa maksud "mengepak-ngepak, bergerak pantas dari tempat ke tempat, bergelut ataupun bertumbuk". Khususnya, istilah ini digunakan untuk memerikan pergerakan ayam jantan dalam pertempuran.
Baru-baru ini, Capoeira telah dipopularkan oleh pelbagai filem dan permainan komputer serta ditonjolkan oleh muzik pop moden.


Apa pun teori yang diyakini orang, semua percaya bahwa budak-budak dari berbagai daerah di Afrika adalah orang-orang yang berperan utama dalam sejarah awal kelahiran capoeira di Brasil. Sampai awal abad ke-19, capoeira dan bentuk-bentuk lain ekspresi kebudayaan Afrika diizinkan, selain sebagai katup pengaman terhadap tekanan yang diciptakan oleh perbudakan, juga untuk maksud agar mereka tidak bersatu. Budak-budak itu adalah orang-orang Yoruba dan Dahomei dari kawasan yang kini menjadi Nigeria dan Liberia, orang Hausa, serta orang Bantu dari Angola, Kongo, dan Mozambik. Perbedaan budaya para budak itu diharapkan para penguasa membuat mereka terpecah-belah.


Namun, mulai sekitar tahun 1814, capoeira-yang sudah mulai terbentuk dengan bersintesisnya unsur-unsur kebudayaan Afrika yang beragam itu-dan bentuk-bentuk ekspresi kebudayaan Afrika lainnya ditekan. Bahkan, pada tahun 1892 capoeira dilarang, padahal empat tahun sebelumnya perbudakan dinyatakan dihapus. Motif penekanan dan kemudian pelarangan oleh penguasa tersebut adalah capoeira memberi rasa persatuan di kalangan orang-orang Afrika itu, menciptakan sebuah kelompok yang kecil dan erat, juga menciptakan orang-orang dengan kepiawaian yang berbahaya. Pada masa itu capoeira, terutama yang di Rio de Janeiro dan Recife, adalah bentuk yang penuh kekerasan.


Baru pada masa pemerintahan Presiden Getulio Vargas yang mulai berkuasa tahun 1930, penguasa mengurangi tekanan pada ekspresi kebudayaan rakyat, termasuk capoeira. Pendekatan pemerintahan Vargas ini mungkin yang memudahkan karya Mestre Bimba, yang bertekad memulihkan dan memperbarui efisiensi dan martabat capoeira.
DUA nama besar tidak bisa terlupakan dalam perkembangan sejarah capoeira. Mereka adalah Mestre Bimba, yang nama aslinya adalah Manuel dos Reis Machado, dan Mestre Pastinha atau Vicente Ferreira Pastinha (mestre adalah sebutan untuk guru capoeira yang diperoleh setelah puluhan tahun belajar ilmu itu). Mereka masing-masing dianggap sebagai perwujudan dari dua jenis capoeira: regional dan angola.


Bimba lahir pada 23 November 1899 di Salvador, Bahia (meninggal di Goiania tahun 1974). Menurut Bira Almeida dalam Capoeira, a Brazilian Art Form, Bimba mulai belajar capoeira pada usia 12 tahun dengan Betinho, seorang Afrika yang merupakan kapten kapal pada sebuah perusahaan pelayaran di kawasan Bahia de Todos os Santos (Teluk Semua Orang Suci) di Bahia.
Ketika berusia 18 tahun, Bimba mulai mengajar. Perannya dalam sejarah capoeira ditunjukkan ketika pada tahun 1932 dia menjadi mestre pertama yang membuka sekolah resmi capoeira. Pada 9 Juli 1937, alur sejarah capoeira berubah dengan diakuinya secara resmi sekolah capoeira itu oleh pemerintah.


Mestre Bimba adalah pendekar yang ternama dan ditakuti di masanya. Menurut Nestor Capoeira dalam Capoeira, Pequeno Manual do Jogador (Editora Record, 2002), Bimba mempunyai sebutan "Três Pancadas" (tiga pukulan), yang merupakan jumlah maksimum pukulan darinya yang bisa ditahan oleh lawannya.


Namun, yang lebih dikenang orang adalah sumbangannya pada capoeiragem, capoeira secara keseluruhan. Dia mengembangkan gaya yang disebut sebagai capoeira regional, memperbaiki kualitas teknik gerakan yang diajarkan, menciptakan sekuens latihan, dan memperkaya ilmu itu dengan sapuan dari batuque, suatu ilmu tari-pertarungan keras yang dipelajarinya dari ayahnya, Luiz Candido Machado. Metode pengajaran baru yang diperkenalkannya berdasarkan pada delapan sekuens dari jurus dan tendangan yang sudah ditetapkan untuk dua pemain.
Adapun Mestre Pastinha (1889-1982) dikenal sebagai tokoh yang berdedikasi mempertahankan dan mengajarkan capoeira tradisional yang disebut capoeira angola. Dia belajar capoeira dari seorang Afrika asal Angola bernama Benedito, yang menurunkan ilmunya kepada Pastinha cilik setelah melihat bocah berbadan kecil itu dipukuli seorang anak yang lebih besar.


Beberapa tahun setelah Bimba, Pastinha juga membuka sekolah capoeira untuk gaya yang tradisional itu di Pelourinho, kawasan historis Kota Salvador. Pastinha dikenal sebagai filsuf capoeira karena kegemarannya menggunakan aforisme. Salah satu favoritnya adalah "Capoeira é para homen, mulher e menino, só não aprende quem nao quiser" (capoeira adalah untuk lelaki, perempuan dan anak-anak, yang tidak mempelajarinya hanyalah mereka yang tidak mau), menegaskan keterbukaan ilmu itu bagi siapa pun.


Pada puluhan tahun silam itu jenis regional (dan Senzala yang berkembang di Rio de Janeiro) berkembang pesat, dengan Capoeira Angola dipertahankan oleh Pastinha dan murid-muridnya. Namun, sekitar 20 tahun lalu ada kebangkitan capoeira angola yang menjadi sangat populer. Kini banyak mestre dan sekolah capoeira, baik di Brasil maupun di luar Brasil, menggabungkan dua gaya itu karena masing-masing mempunyai kelebihan.


Capoeira disebut sebagai paduan seni dan bela diri karena olah fisik hanyalah satu unsurnya. Seorang yang belajar capoeira baru akan disebut sebagai capoerista kalau dia selain berlatih kemampuan fisik dan mempelajari sejarah serta filsafat ilmu itu juga menguasai lagu-lagu dan belajar alat musik capoeira. Menurut Eduardo Correia Filho (Contra-mestre Duda) dari Grupo Luanda, Bahia, seorang capoerista harus menguasai ilmu itu dalam teknik, filsafat, kultural, dan musik.


Musik menjadi bagian tak terpisahkan dalam praktik capoeira. Kata-kata dalam lagu capoeira mempunyai arti khusus bagi mereka yang mempraktikkannya, bisa cerita historis, filsafat, maupun ejekan dan canda. Untuk menjadi capoerista, seseorang juga harus mempelajari bagaimana memainkan alat musik tradisionalnya serta iramanya.


Ciri khas musik capoeira adalah alat musik yang disebut berimbau. Bentuknya mirip busur panah, terbuat dari kayu dan kawat (dari ban mobil), dengan cabaça (labu) kering yang telah dikeluarkan bagian dalamnya sebagai resonator. Alat musik yang disebut sebagai jantung capoeira itu bunyinya "tung-tung-tung". Selain itu, ada pandeiro (tamborin), atabaque (gendang), agogo, dan reco-reco.


PADA tahun 1970-an, capoeira mulai merambah ke luar Brasil dan diterima hangat di AS, Eropa, dan kemudian Australia. Menurut Bira Almeida atau Mestre Acordeon yang mengajar murid-murid Amerika di San Francisco, bagi murid-muridnya di AS itu, capoeira adalah seni yang mengagumkan namun pelik, yang memberikan tantangan fisik dan enigma filosofis dari konteks sosiokultural dan sejarah yang berbeda. Oleh karena itu, dia ingin memberikan capoeira kepada mereka dengan cara akurat dan selengkapnya.


Keaslian capoeira di luar Brasil, menurut dia, harus dipertahankan dengan pengetahuan sejarahnya, hormat kepada tradisi dan ritualnya, mengerti filsafatnya, serta penggunaan gerakan yang tepat.


Di Jakarta, sejak beberapa bulan lalu, telah diajarkan capoeira dari kelompok bernama Asociação Grupo Bahia de Capoeira. Pengajarnya, Paul Andrew Stevens, yang mempunyai sebutan Ratinho, belajar capoeira sejak delapan tahun lalu di Brasil, AS, dan kemudian Australia, antara lain pada Mestre Paulo dos Anjos (yang meninggal tahun 1998) di Salvador dan Mestre Cicatriz di Sydney. Selain latihan fisik, dia juga mengajarkan sejarah, filsafat, dan ritual, serta alat musik capoeira. Menurut anak muda 19 tahun ini, murid-murid Indonesia tidak mempunyai kesulitan dalam menangkap yang diajarkan. Yang perlu ditingkatkan dari mereka? "Motivasi," katanya.


Mengajarkan capoeira dalam bentuknya yang utuh di tempat dengan konteks budaya dan sejarah yang berbeda memang bukan hal mudah. Mereka yang belajar capoeira di luar Brasil harus mempelajari tidak hanya suatu ilmu bela diri, melainkan juga seni yang menjadikannya suatu kesatuan. Ini memang perlu motivasi yang besar.
Bagi mereka yang tinggal di Bahia, negara bagian Brasil sebelah timur laut, capoeira adalah bagian keseharian mereka. Seperti kata Contra-mestre Duda, "Capoeira ada dalam darah kami."


Bagaimana tidak ada dalam darah dan udara yang mereka hirup kalau capoeira di Bahia dapat Anda temui di mana pun. Di Pelourinho, bagian kota bersejarah Salvador, itu menjadi sajian harian. Juga di lapangan, di pantai, serta di academias (sekolah-sekolah), capoeira bertebaran di seluruh Kota Salvador.


Menyadari kekayaan budaya yang bisa dimanfaatkan demi masyarakat itulah sekelompok capoeirista yang bergerak dalam bidang pendidikan jasmani, baik guru maupun mahasiswa, di Bahia membentuk kelompok untuk mengajarkan capoeira di sekolah-sekolah. Ada tiga perkumpulan yang terlibat dalam upaya ini: Centro Cultural de Capoeira Sao Salvador (SSA), Grupo GUETO, dan Grupo Luanda. "Kami ingin memperlihatkan kepada masyarakat sumbangan yang bisa diberikan capoeira. Yang kami sampaikan adalah capoeira sebagai kebudayaan, tidak hanya capoeira sebagai olahraga," kata Duda dari Grupo Luanda.


Pada anak usia 4-6 tahun, mereka menggunakan capoeira dengan perspektif meningkatkan kemampuan motorik anak: tangan, kaki, kepala, penglihatan periferik. Bagi anak usia 7-11 tahun yang dianggap telah berkembang kemampuan motoriknya, aspek sosial ditambahkan pada aspek fisik sehingga anak belajar kolektivitas: ada yang main musik, ada yang menyanyi, ada yang bermain, ada yang bertepuk tangan, semua terlibat dalam roda de capoeira. Aspek sosial ini diperkuat lagi pada kalangan murid remaja.


Capoeira mempunyai ritualnya. Seni ini dipraktikkan dalam sebuah roda, lingkaran orang yang terlibat, yang sering disebutkan sebagai gambaran roda kehidupan dengan masing-masing orang memainkan perannya.
Sebuah roda tradisional dimulai dengan sang mestre memainkan berimbau sendirian, disambung dengan alat musik lain. Lalu sang mestre menyanyikan sebuah laidanha, disambung dengan bersama menyanyikan entrada atau chula, menandai permainan di tengah roda bisa dimulai. Permainan yang diiringi lagu-lagu jenis corridos itu dimulai dengan dua pemain berjongkok berhadapan di kaki berimbau (sehingga muncul istilah No pé do berimbau-di kaki berimbau), menyerap energi yang diciptakan oleh roda, sebelum saling menyentuhkan telapak tangan dan masuk ke tengah roda.


Ketika menyaksikan Duda, Professora Brisa (Carolina de Magalhães) dan suaminya Contra-mestre Jean Pangolim dari Grupo GUETO, Contra-mestre Zézo dari SSA (murid Mestre Zé Doró), Professor Boda, Professor Aranola, Mestre Lazinho, dan teman-teman mereka dengan penuh semangat dan kegembiraan bermain capoeira dengan anak-anak, yang terlintas di pikiran adalah betapa beruntungnya anak-anak Salvador itu. Mereka tidak sekadar bermain capoeira. Mereka mendapat kesempatan mempelajari bagian kebudayaan mereka dengan penuh sukacita karena dedikasi para capoerista itu.


Anak-anak itu secara tak langsung diajarkan hidup bermasyarakat. Seperti kata Duda, "Dalam capoeira, orang diajarkan menghormati sesamanya. Capoeira bukanlah sekadar pertarungan dari sudut pandang teknik, tetapi suatu jogo (permainan) di mana Anda tidak ’bermain melawan’ (joga contra) melainkan ’bermain dengan’ (joga com) mitra Anda." (Diah Marsidi)

HAPKIDO

Shin Son Hapkido merupakan salah satu olahraga bela diri yang berasal dari Korea di samping Taekwondo. Hapkido bergerak berdasarkan prinsip lingkaran yang memanfaatkan kekuatan lawan. Teknik-teknik dalam Hapkido antara lain meliputi pukulan, tendangan, kuncian, bantingan, jurus, serta latihan senjata

TAEKWONDO


Taekwondo atau Tae Kwon Do adalah olah raga dan seni bela diri nasional Korea, dan salah satu olah raga yang paling banyak dilakukan di dunia. Dalam bahasa Korea, Tae (태, Hanja 跆) berarti "menendang atau menghancurkan dengan kaki", kwon (권, Hanja 拳) berarti "tonjokan atau pukulan dengan tangan atau tinju", dan Do (도, Hanja 道) berarti "cara atau seni". Jadinya, Taekwondo adalah "seni tangan dan kaki".


Taekwondo diciptakan oleh Jendral Choi Hong Hi asal Korea Selatan, yang merupakan kombinasi antara Shotokan Karate dan Kungfu Shaolin Utara (yang mana pada saat ini justru kedua ilmu beladiri tersebut banyak mengadaptasi tendangan tendangan taekwondo untuk ditambahkan dalam "kamus" gerakan beladiri mereka, baca paragraf akhir!).

Taekwondo sangat popular di seluruh dunia, dan bentuk Taekwondo dari Kukkiwon-Federasi Taekwondo Dunia sekarang dipertandingkan di Olimpiade. Taekwondo telah dikritik karena tidak mengajarkan teknik yang efektif di jalan. Kritik ini berdasarkan penekanan taekwondo dalam tendangan tinggi, yang dipandang beberapa orang tidak praktis ketika digunakan musuh yang bergerak dan bertahan. Lainnya menganggap hal ini merupakan suatu keuntungan dalam perkelahian. Taekwondo digunakan dalam latihan pertarungan tanpa senjata di beberapa angkatan bersenjata (di Prancis, Lebanon, dan Iran sebagai contoh).


Taekwondo selalu menekankan kepada: meringankan tubuh, kecepatan kaki, tendangan tendangan tipuan, serta kombinasi dua atau tiga tendangan sekaligus dalam satu serangan.
Taekwondo dikenal juga sebagai ilmu beladiri pertama di dunia yang menemukan kombinasi tendangan putar dua kali diudara dan diakhiri dengan tamparan di wajah musuh dengan kaki depan (Dollge). Tendangan ini cukup populer dalam dunia layar lebar, dan sekarang gerakan Dollge tersebut sudah mulai di adaptasi oleh beladiri lainnya seperti Tang Soo Do, Shotokan Karate, serta Wushu.


KARATE



Karate adalah seni bela diri yang berasal daripada Jepun (Jepang). Seni bela diri karate dibawa masuk ke Jepun daripada Okinawa.


Asas karate adalah sama. Namun terdapat beberapa jenis gaya (stail) karate yang utama iaitu:


1. Shotokan. 2. Goju-Ryu. 3. Shito-Ryu. 4. Wado-Ryu.
Latihan asas karate terbahagi kepada tiga seperti berikut:
1. Kihon. Ia adalah latihan teknik-teknik asas karate seperti teknik menumbuk, menendang dan menangkis.
2. Kata. Ia adalah latihan jurus atau bunga karate.
3. Kumite. Ia adalah latihan bela diri atau tempur.
Pada zaman sekarang karate juga boleh dibahagikan kepada aliran tradisional dan aliran sukan (sport). Aliran tradisional lebih menekankan aspek bela diri dan teknik tempur manakalah aliran sukan lebih menumpukan teknik-teknik untuk pertandingan sukan.



PERTANDINGAN KARATE


Cara bermain Pertandingan karate dibagi atas dua jenis yaitu : 1. Komite (perkelahian) putera dan puteri 2. Kata (jurus) putera dan puteri Komite Komite dibagi atas komite perorangan dengan pembagian kelas berdasarkan berat badan dan komite beregu tanpa pembagian kelas berat badan (khusus untuk putera). Sistem pertandingan yang dipakai adalah reperchance (WUKO) atau babak kesempatan kembali kepada atlet yang pernah dikalahkan oleh sang juara. Pertandingan dilakukan dalam satu babak (2-3 menit bersih) dan 1 babak perpanjangan kalau terjadi serti, kecuali dalam pertandingan beregu tidak ada waktu perpanjangan. Kata Pada pertandingan kata yang diperagakan adalah keindahan gerak dari jurus, baik untuk putera maupun puteri. Sesuai dengan kata pilihan atau kata wajib dalam peraturan pertandingan. Luas Lapangan a. Lantai seluas 8 x 8 meter, beralas papan atau matras di atas panggung dengan ketinggian 1 meter dan ditambah daerah pengaman berukuran 2 meter pada tiap sisi. b. Arena pertandingan harus rata dan terhindar dari kemungkinan menimbulkan bahaya.

Peralatan Di Dalam Pertandingan Karate
Peralatan yang diperlukan dalam pertandingan Karate

1. Pakaian Karate (karategi) untuk kontestan

2. Hand Protector

3. Obi (ikat pinggang) untuk kedua kontestan berwarna merah dan putih

4. Alat-alat lain yang diperbolehkan tapi bukan menjadi keharusan adalah : - Gum Shield - Body Protector untuk kontestan putri - Groin Protector untuk kontestan putera

5. Pluit untuk arbitrator/alat tulis

6. Seragam wasit/juri - Baju putih - Celana abu-abu - Dasi merah - Sepatu karet hitam tanpa sol

7. Scoring board

8. Administrasi pertandingan

9. Lampu merah, hijau, kuning sebagai tanda waktu pertandingan dengan pencatati waktu (stop watch).

Karate atau karate-do (空手道) merupakan salah satu seni bela diri timur. Pada umumnya, karate lebih digambarkan dengan gerakan serangan dan belaan kaki dan tangan secara menyeluruh. Konsep yang diamalkan adalah berdasarkan kepada kefahaman umum adalah serangan-serangan lurus dan mendatar. Variasi belaan juga adalah lebih kepada kaedah mudah yang mana apabila difikirkan secara mudah, karate adalah satu seni yang ringkas dan lebih berpandukan kepada konsep 'tinju' teratur. Pandangan inilah yang menjadi faktor kesilapan kepada persepsi seni karate itu sendiri.


1 Aliran Karate
2 Karate dahulu dan sekarang
3 Falsafah Di Dalam Karate
4 Anekdot Karate



Aliran Karate


Asas karate adalah sama, namun terdapat berbagai gaya atau aliran karate. Di antara aliran utama karate adalah seperti berikut:
1. Shotokan 2. Shito-Ryu 3. Goju-Ryu 4. Wado-Ryu 5. Shorinji Kempo
Karate juga boleh dikategorikan sebagai aliran tradisional dan aliran moden (sport karate).
Aliran tradisional menumpukan aspek bela diri dan seni tempur manakala aliran moden lebih menumpukan kepada sukan atau pertandingan.
Asas latihan karate terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
1. Kihon. Ia adalah latihan teknik asas karate sepeti menumbuk, menendang, menangkis dan mengelak.
2. Kata. Ia adalah latihan jurus atau bunga karate.
3. Kumite. Ia adalah latihan bela diri atau seni tempur.

Karate dahulu dan sekarang
Salah tafsir Sebenarnya, kebanyakan karate yang diperkenalkan pada masa kini merupakan satu olahan kepada peringkasan seni beladiri yang terdahulu seperti kempo dan sebagainya. Ramai pengamal karate tidak mengetahui bahawa di dalam karate, seni dan pergerakan yang ditawarkan adalah jauh lebih hebat dan unik daripada apa yang dipamerkan dewasa ini.
Konsep asas Juzuk karate di zaman moden ini, telah menafsirkan penggunaan seni yang tersusun dan berdasarkan keringkasaan penting yang diperkenalkan. Ini termasuklah kepada pergerakan membalas di mana setiap tangkisan dibahagian kiri akan diikuti dengan tangkisan di sebelah kanan. Tujuan pergerakan ini adalah bagi membentuk keseimbangan 'Ying dan Yang'.
Perbezaan seni Perbezaan di antara seni beladiri Jepun yang menjadi kepada asas atau penanda seni karate masa kini adalah ketidak seimbangan 'Ying dan Yang' yang diamalkan mampu membentuk kepada seni yang amat berbisa. Kaedah seni beladiri dahulu yang lebih kepada seni untuk peperangan (arts for war)dimana lebih bertujuan pratikal bagi menghadapi jumlah lawan dalam julat yang besar. Seni asal karate yang digunakan ini tidak lagi diperkenalkan secara menyeluruh dan hanya diwarisi oleh golongan-golongan tertentu sahaja bagi tujuan pengekalan ilmu sahaja.


Sejarah karate tradisional Karate didalam penggunaan perang telah dipraktikkan digunakan secara meluas melalui para samurai (pahlawan diraja) yang mana ianya lebih menetapkan kepada variasi mengenalpasti pergerakan musuh, dan bertindak berdasarkan kepada refleks tindakan yang telah dilatih bertahun-tahun lamanya.


Seni peperangan tidak beridentiti ini kemudian diberikan nama Kuk Ryu Kempo (tinju tangan pendek) yang mana diamalkan oleh para sami-sami di jepun. Kempo ini menjadi satu fahaman yang membentuk kepada asas seni beladiri karate setelah dicampur-olahkan oleh pengasas-pengasas karate-karate terkenal sehingga menjadi kepelbagaian aliran seperti Shotokan, Kushinkukai, Shito-Ryu dan sebagainya.


Secara asasnya, fahaman karate dimasa sebelum seni beladiri kempo diubahsuai kepada lebih bersistematik, masih mengekalkan kepada kaedah fahaman kempo (tinju) yang menekankan kepada jarak dekat. Beladiri unik tidak bernama ini hanya digelar sebagai Kempo (sebagai memudahkan identiti) telah dilatih kepada golongan-golongan terpelajar di jepun yang digelar sebagai cendiakawan perang. Antara cendiakawan perang terkenal ialah funakhoshi.
Cendikiawan-cendekiawan ini telah mencadangkan kepada satu penubuhan seni beladiri global yang lebih mudah dan lebih dikenali, namun mendapat tentangan hebat oleh guru-guru tua kempo kerana keaslian dan kefahaman agama didalam kempo akan hilang. Setelah dinasihatkan oleh pihak istana, maka golongan guru-guru tua terpaksa merelakan seni kempo mereka diubah-modenkan secara menyeluruh dan seni beladiri ini dikenali sebagai karate do yang bermaksud 'seni untuk tangan kosong'.


Ilmu lama Walaubagaimanapun, pihak golongan guru tua tetap menyimpan dan menurunkan ilmu kempo yang telah sebati didalam kehidupan mereka kepada golongan-golongan tertentu yang dipilih berdasarkan kepada syarat-syarat ketat yang dikenakan. Golongan itu ialah anak-anak muda petani didaerah utara jepun jauh dari kepulauan okinawa. Seni kempo ini kemudian diberi nama Kempo ka jutsudimana ianya juga disusun semula oleh guru-guru tua berdasarkan kepada konsep yang sememangnya bertentangan dengan karate moden. Tujuan utama olahan ini adalah memastikan supaya jika berlaku pertembungan diantara pengamal kempo dan karate, maka pengamal kempo mampu menewaskan mereka dengan mudah.


Sejarah membuktikan bahawa terdapat beberapa guru-guru yang mempunyai 'dan' tertinggi ditewaskan oleh orang-orang tua di kepulauan Okinawa dengan gerakan-gerakan mudah lagi berbisa.


Dewasa ini, kempo ka jutsu tidak lagi ketahui siapa yang mengamalkannya kerana tidak diketahui mengenai pengamalnya. Namun begitu, para sami di kuil-kuil utama, golongan veteran penjaga diraja, golongan pembuat pedang samurai buatan tangan tetap mengakui mengenai kewujudan kempo ka jutsu ini. Golongan veteran ini telah memberi pengiktirafan utama kepada pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini. Dimana seni beladiri ini Berikutan dengan pertikaian diantara guru lama dan pengasas karate moden, pihak istana telah mengambil jalan bijak bagi mengekang pertelingkahan ini dengan mengadakan perbincangan di salah sebuah sekolah karate (dikenali sebagai 'Ryu')dan perbincangan dijalankan dengan berdasarkan kepada kuasa maharaja untuk membuat keputusan.


Berikutan dengan itu, maka seni kempo ka jutsu dikenali sebagai 'Karate Lama'atau old traditional karate dan seni karate moden dikenali sebagai 'Karate Moden'. Penamaan ini membolehkan mereka duduk disatu payung dan karate moden telah diwajibkan untuk dipopularkan kepada dunia luar. Manakala, bagi seni karate lama ini telah dijadikan silibus tertinggi bagi mendapatkan talipinggan tahap 8 Dan keatas.
Silibus karate Lama (old traditional karate)
Konsep asas Karate Lama menggunakan asas peperangan terbuka sebagai sistem dimana peperangan menjadi tunjang kepada pergerakan utama.
Kempo boleh dikenali dengan penggunaan tangan melurus kehadapan tanpa kekuda menepi dimana setiap kaki yang menjadi kekuda (stance) adalah membuka dari hadapan ke belakang dengan jarak yang kecil. Kedudukan menyerang ini amat merbahaya kerana membolehkan pengamalnya bergerak dan mengubahgerak kepada 9 arah berbeza yang hanya boleh dilakukan dengan kaki yang berdiri tegak sahaja. Kebiasaannya, kedudukan tangan adalah membengkok menghala kehadapan dan mudah untuk menyerang.
Serangan biasa ditujukan kepada pertemuan urat walaupun hanya untuk tumbukan dan belaan. Terdapat pelbagai variasi tumbukan dan gerakan tumbukan yang mana amat sukar untuk ditahan atau ditangkis, ditangkap dan kunci. Tumbukan bergaris dan membulat adalah digunakan secara serentak dan tidak mempunyai penamat yang mutlak.


Konsep 'Zen' amat dipraktikkan oleh pengamal seni kempo dimana merosakkan bahagian yang digunakan untuk menyerang. Antara tumbukan yang merbahaya adalah 'tumbukan iai' iaitu tumbukan angin dimana ianya digunakan untuk memecahkan dibahagian dalam berbanding merosakan bahagian luar. Oleh itu, konsep karate lama ini amat sesuai digunakan bagi menentang pakar-pakar Muay Thai yang mempunyai tulang dan anggota badan yang kuat dan keras.


Kedudukan tegap dan berubah mengikut arah juga amat sesuai bagi menentang sebarang seni beladiri yang berbentuk kuncian dan tempur jarak dekat. Kaedah untuk menyerang juga teleah disusun agar dapat digunapakai secara meluas lagi berkualiti bagi memastikan agar sebarang serangan dibuat kepada seni beladiri yang berbentuk menanti dapat ditangani dengan berkesan. Humbanan juga dapat dikekang dengan mudah dan memang diketahui oleh pengasas seni aikido seperti morehei usheiba mengetaui mengenai perkara ini dan satu perjanjian dibuat bagi menghormati keharmonian seni beladiri jepun dan sebarang pergaduhan antara pengamal kedua-dua pihak haruslah disimpan dan dielakkan sama sekali.
Konsep pertahanan karate klasik
Berbeda dengan aplikasi karate moden, karate tradisi mengamalkan satu konsep yang amat kompleks untuk difahami. Konsep yang unik ini dinamakan Ryu Ka Kempo yang membangunkan pembelaan secara metaliti dan metafizik.


Tangkisan dan elakan merupakan takrif awal bagi pertahanan seseorang. Tangkisan bermaksud sentuhan terus dan berbentuk secara langsung sementara elakan bermaksud mengelak daripada tersentuh tanpa sentuhan badan. Ada diantara seni beladiri kini memilih untuk menyerang sebagai pertahanan atau dalam fahaman awal iaitu "Menyerang sebagai bertahan". Konsep ini mentakrifkan sebagai membalas adalah lebih baik daripada hanya bertahan.
Kempo atau karate klasik ini mentakrifkan sebagai sifat kemanusiaan yang amat tinggi. Kelebihan yang amat ketara bagi ahli karate klasik dimana kebanyakan pengamal-pengamalnya adalah daripada golongan yang usianya agak lanjut ialah kelebihan daripada segi 'inner sense' yang mampu mengagak dan membaca serangan lawan seterusnya mengelak, menangkis dan membalas. Kemampuan inner sense inilah yang dikenali sebagai kemampuan metaliti. Kemampuan mentafizik pula ditakrifkan sebagai kemahiran berasaskan kepada sifat-sifat yang mesti digunapakai dalam bertahan iaitu selembut sutera sekeras besi waja dan selancar air mengalir dan setegap gunung fuji.


Secara asasnya, pengamal karate klasik dalam mengaplikasikan konsep pertahanan ialah dengan meletakkan dua garisan dalam minda sebagai (mind set) pedoman dalam belaan perseorangan mahupun lebih daripada seorang. Dua garisan dalam minda digambarkan sebagai benteng yang menjadi kawasan kawalan bagi menentukan sebarang tindakan membalas. Dalam mengaplikasikan kaedah ini, garisan pertama adalah untuk tumbukan dan garisan kedua adalah untuk tendangan.


Sebarang tumbukan atau tendangan yang dibuat oleh pihak lawan tidak akan dianggap membahaya jika tidak melepasi garis yang telah ditetapkan dalam minda pengamal. Acahan-acahan tumbukan dan tendangan ini tidak akan dilayan dan pengamal karate hanya berdiri diam sebagai persediaan minda. Hanya tumbukan dan tendangan yang melepasi garisan akan diambil layan samada mengelak, menangkis ataupun memusnahkan sepenuhnya serangan itu.


Falsafah Di Dalam Karate


1. Musnah bisa ular untuk buang bisa (Konsep serangan dan belaan dalam karate do)
Konsep ini amat popular dalam pengamal karate klasik, dimana ianya amat sesuai digunapakai dalam pertarungan satu lawan satu diantara pakar-pakai beladiri. Secara mudahnya, kebanyakan pengamal seni perang akan mempunyai kelebihan samada mata yang cekap dan tajam, tangan (tumbukan) yang laju dan pantas, kaki (tendangan) yang laju dan lincah, kemahiran dalam penggunaan senjata tertentu dan sebarang kelebihan yang ada untuk pertarungan. Konsep ini digunapakai untuk memusnahkan kelebihan-kelebihan ini yang dianggap sebagai bisa. Tangan akan dipatahkan, mata-mata urat diputuskan, kaki dipatahkan, mata dibutakan sebagai melemahkan lawan.


2. Air dan sutera


Bagi kaedah ini, tumbukan dan belaan adalah bagi kawalan vektor asas yang menyeluruh, tetap dan murni saksama dengan sebarang serangan yang dibuat oleh pihak lawan. Pergerakan yang lembut dan lancar dari mampu dikekang dengan mudah dan harmoni apabila pergerakan yang menyeluruh dan variasi yang lancar dapat dilaksanakan.


3. Mizu No Kokoro (Minda itu seperti air)
Sekiranya air di tasik itu tenang, maka ia boleh memantulkan imej dengan terang. Contohnya pada malam bulan mengambang, kita dapat melihat imej bulan mengambang di tasik yang tenang itu sangat terang dan sama seperti kita mendongak dan melihat bulan di langit. Namun apabila ketenangan tasik itu diganggu seperti dilontar dengan kelikir, maka tasik itu akan menimbulkan riak dan imej yang terbentuk di tasik itu tidak lagi jelas, malah akan kelihatan kabur (distorted). Begitulah juga minda perlu dijaga agar sentiasa tenang agar dapat membela diri dengan lebih cekap. Jika minda dikaburi dengan banyak gangguan fikiran, maka ia tidak mudah untuk bersedia membela diri.

Anekdot Karate


Berkenaan Falsafah Karate
Seorang murid baru bertanya kepada guru karate, mana teknik yang paling hebat dan berapa banyak teknik yang perlu dipelajarinya untuk dia menjadi kuat lalu dapat mengalahkan lawan yang lebih besar. Si guru menjawab, sesungguhnya jika seseorang itu mempelajari dan berlatih membuat tumbukan asas karate, 16 jam sehari, selama 16 tahun, maka tumbukan itu tetap berbisa dan dia akan menjadi kuat serta dapat mengalahkan lawan yang lebih besar daripadanya berbanding mempelajari pelbagai gerakan hanya untuk 16 hari sahaja. Sesuatu yang menjadi kebiasaan di dalam diri kita adalah kekuatan kita.

TOMOI

TERBIT rasa kagum bila menyaksikan pergerakan kaki dan tangan yang pantas dan lincah digayakan peninju tomoi atau lebih dikenali sebagai sukan Muay Thai. Seakan sukan tinju seperti yang sering kita saksikan dalam pertarungan di peringkat antarabangsa, tetapi Muay Thai menggunakan kaki dan tangan sebagai fokus perlawanan.Bagi menjejaki sukan Muay Thai,

“Sukan ini bukan saja memerlukan seseorang fokus kepada lawan masing-masing tetapi turut menggunakan pergerakan tangan, kaki, siku dan lutut.“Berbeza dengan tinju yang membataskan serangannya dengan tumbukan, Muay Thai menampilkan pergerakan lebih menyeluruh

Bagi peserta baru, mereka akan didedahkan dengan teknik sepak dan tumbuk pau sebagai pendedahan awal sebelum mempelajari banyak skil dalam sukan Muay Thai.Selepas menguasai peringkat asas, peserta akan diajar pula taktik, latihan tumbukan, sepakan kombinasi (pad work) dan light sparring untuk memastikan sama ada peserta dapat menguasai teknik yang diajar.

Pertandingan Muay Thai biasanya berlangsung sebanyak enam pusingan dengan tempoh lima minit bagi setiap pusingan.Menariknya, setiap pertandingan bermula dengan tarian langkah sembah oleh setiap peserta.

Muay Thai atau Tomoi adalah seni mempertahankan diri yang berasal dari Thailand.
Ia dikaitkan dengan sains lapan anggota badan, termasuk penggunaan tumbukan, tendangan, lutut dan siku.


Muay Thai menampilkan peralatan seperti sarung tangan tinju, seluar pendek tetapi lebih lebar (untuk memudahkan pergerakan), pembalut tangan dan monkung atau pengikat kepala yang biasanya digunakan ketika menyertai pertandingan.